DuniaSemasa

Kebakaran hutan di Greek semakin memburuk

kesan gelombang panas yang melanda Eropah

ATHENA : Kebakaran hutan di Greek di dua lokasi menyebabkan suhu naik hingga 45 darjah Celsius.

Kedua-dua hutan yang terbakar itu adalah di Peloponnese dan di pulau Rhodes.

Gelombang panas di seluruh Eropah Selatan juga menjadi penyebab kebakaran hutan dan ladang di Turki, Sepanyol, serta Itali sejak akhir minggu lalu.

Para pakar memperingatkan bahawa perubahan iklim meningkatkan frekuensi dan intensiti kebakaran tersebut.

Lebih dari 3,000 hektar kebun pinus dan zaitun hangus akibat kebakaran hutan Yunani pada Sabtu (31/7/2021) di Achaia, berhampiran Patras di Peloponnese, menurut Observatorium Nasional Athena yang mengkajinya melalui satelit Uni Eropa.

AFP memaklumkan, pihak berkuasa tempatan telah memindahkan lima kampung dan satu bandar di pinggir laut.

Setakat ini lapan orang dirawat di hospital kerana melecur dan masalah pernafasan. Kebakaran belum sepenuhnya dapat dikawal pada pagi Isnin.

Suhu 44-45 darjah Celsius dijangka melanda Peloponnese barat, menimbulkan risiko baru bagi kawasan yang sudah sedia kering akibat gelombang panas.

Namun, pihak berkuasa tempatan  optimis kebakaran di pulau Rhodes, berhampiran pantai Turki, akan dapat dikawal dengan pertambahan bilangan bomba yang memadam kebakaran.

Sementara itu, Turki turut dilanda kebakaran hutan terburuk dalam jangka masa 10 tahun, Ia meragut lapan nyawa dan memaksa ratusan penduduk berpindah di daerah selatan yang popular dengan pelancong.

Related Articles

Back to top button