MOSCOW: Kematian akibat Covid-19 di Rusia melonjak apabila negara itu merekodkan 697 kematian semalam, mencecah paras tertinggi untuk lima hari berturut-turut.
Negara itu merekodkan 679 kematian pada Jumaat lalu.
Pihak berkuasa Rusia menyatakan sebanuak 24,439 kes jangkitan baharu semalam, jumlah tertinggi sejak Januari dan meningkat 1,200 berbanding hari sebelumnya.
Katanya, peningkatan mendadak itu berpunca daripada jangkitan varian Delta dan permintaan kurang terhad vaksin.
Bagaimanapun, Kremlin menegaskan pada Jumaat lalu, bahawa pihak berkuasa tidak membincangkan tentang pelaksanaan ‘lockdown’.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov mengakui keadaan coronavirus di beberapa wilayah agak tegang, namun beliau memberitahu semua pihak tidak mahukan ‘lockdown’.
Sebanyak 7,446 kes positif Covid-19 dilaporkan di Moscow semalam manakala St Petersburg, yang menjadi lokasi perlawanan suku akhir Euro 2020 antara Sepanyol dan Siwtzerland pada Jumaat lalu, menyaksikan 1,733 kes dan 110 kematian.
Russia berharap kempen vaksinasi akan mengurangkan kesan gelombang kedua, namun disebabkan sifat keraguan dan kurang pelaksanaan suntikan vaksin, menyebabkan hanya 16 peratus daripada 146 juta rakyat menerima suntikan.
Selepas bimbang atas peningkatan kes Covid-19, pihak berkuasa telah mengambil beberapa langkah dan menggalakkan orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin.
Pihak berkuasa juga telah melarang orang ramai untuk pergi ke kafe, bar dan restoran di Moscow melainkan mereka kemukakan bukti telah negatif dari jangkitan atau sudak divaksin.
Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata lebih 2.7 juta orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.
“Seramai 60,000 hingga 70,000 orang menerima suntikan vaksin sehari dan diharapkan jumlah penerima suntikan vaksin pertama mencecah tiga juta minggu depan,” – Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin
Oleh Azzman Jamal