PendidikanSemasa

Karya, kupasan ilmiah Yusuf Al-Qaradawi pelita ummah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak bersikap berat sebelah kerana sering menjadikan ulama tersohor Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi dan karya pemikir Islam itu sebagai rujukan sejak zaman muda beliau sehingga kini.

Perdana Menteri berkata karya ilmiah Yusuf Al-Qaradawi yang mengupas pelbagai aspek kesederhanaan dari segi pemikiran, tindakan, pemahaman dan kehidupan dalam ekonomi dan sosial umat Islam amat memberi kesan kepada kehidupan beliau.

“Kekuatan beliau ialah beliau menimba ilmu daripada khazanah lampau yang banyak tapi mengolah daripada zaman semasa, cara beliau kupas itu cukup menarik, beliau bawa kupasan itu selalunya luas daripada ruang lingkup terbatas”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Sebuah Autobiografi: Sang Pelita Umat yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan anak Yusuf Al-Qaradawi, Dr Mohammad Al-Qaradawi.

Dr Mohd Na’im Mokhtar pula menyifatkan Almarhum Syeikh Yusuf Al-Qaradawi adalah seorang tokoh yang amat dihormati kerana keilmuan serta ketokohan beliau yang sentiasa menjadi rujukan umat.

Kitab-kitab penulisan Almarhum sentiasa menjadi bacaan serta kajian para ahli akademik serta ilmuan. Jasa Almarhum begitu besar kepada dunia Islam.

“Semoga buku Autobiografi ini akan menjadi pencetus semangat untuk meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Almarhum Syeikh Yusuf Al-Qaradawi“, kata Dr Mohd Na’im.

BACA JUGA
Ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button