
BAITULMAQDIS: Seorang warga Palestin dikenali sebagai Mohammad Khaled al-Osaibi, 26, dari bandar Houra ditembak dan dibunuh oleh polis israel berhampiran Chain Gate, salah satu pintu masuk ke Masjid Al Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis.
Polis israel membunuh Osaibi dari jarak yang sangat dekat selepas dia membantu seorang wanita Palestin yang diserang polis dan dipaksa meninggalkan Masjid Al-Aqsa.
Ayman Odeh, ahli parlimen israel, Knesset, dan bekas ahli Knesset Talab al-Saneh menyangkal dakwaan israel tentang Osaibi cuba merampas pistol seorang anggota polis, penjelasan yang diberikan polis untuk membunuhnya.
Watch: Thousands participate in the funeral procession of Mohammad Khaled al-Osaibi, 26, from the town of Houra in the Naqab desert in the south of Israel, who was shot and killed by Israeli police while he was near Al-Aqsa Mosque in Jerusalem’s Old City. pic.twitter.com/N7yT0QBfyK
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) April 2, 2023
Saneh juga berkata Osaibi cuba campur tangan apabila dia melihat polis israel menyerang seorang wanita Arab, dan dia dibunuh dari jarak yang sangat dekat.
“Polis mendakwa bahawa dia cuba merampas senjata seseorang adalah pembohongan dan rekaan,” katanya sambil menyeru polis untuk menunjukkan bukti dari kamera di kawasan itu yang mendokumentasikan dakwaan cubaan merampas senjata daripada seorang anggota.
Thousands of Palestinians in the occupied Negev bid farewell to Mohammad Al-Ausaibi who was killed by the lsraeli occupation forces two days ago near the Al-Aqsa Mosque. pic.twitter.com/n62wZ594Qj
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) April 2, 2023
Polis israel menutup semua pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama berikutan kejadian itu dan menyerang orang ramai serta peniaga di kawasan itu.
Dengan pembunuhan Osaibi, tentera penjajah israel telah menembak dan membunuh lebih 91 rakyat Palestin sejak awal tahun, hampir kesemuanya dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi.
BACA JUGA
7 sebab anda perlu muat turun aplikasi UmmahToday
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia