KesihatanPendidikan

Khasiat madu perawat penyakit

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Madu menawarkan rasa lazat dan manis dan mempunyai manfaat kepada kesihatan. Dalam Al-Quran telah disebut madu ini makanan ahli syurga dan mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.

Madu mempunyai dua jenis iaitu madu monoflora dan madu poliflora. Madu monoflora terhasil dari nektar dari sejenis bunga sahaja. Seperti contoh, madu akasia dan madu manuka.

Natural remedies: Can honey really help cure a cold? | BBC Science Focus Magazine

Madu poliflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Contohnya, madu tualang dan madu asli.

Komposisi utama madu ialah gula di mana mempunyai kandungan 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Fruktosa dan glukosa adalah gula utama dalam madu.

Manfaat madu untuk kesihatan

  1. Menguatkan sistem imun badan

How does the immune system work in the human body? | FIFARMA

Madu mempunyai fungsi antioksidan dan anti-bakteria yang mampu membantu melawan jangkitan seperti virus, bakteria dan kulat.

2. Membekalkan tenaga

How the body uses energy – Metrifit Ready to Perform

Madu mempunyai gula semula jadi, mineral, vitamin, debunga, air dan protein yang cukup untuk membekal tenaga. Ia boleh diambil sebelum sarapan atau bersenam untuk memberi karbohidrat yang cukup sepanjang hari.

3. Penawar penyakit

Eight Diseases That CRISPR Technology Could Cure

Disebut dalam Al-Quran:

“ Kemudian, makanlah (wahai lebah) dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan-jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perutnya itu keluar minuman (madu) yang beraneka warnanya. Di dalamnya terdapat obat bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir. “ -Surah An Nahl, ayat 69

Madu sering digunakan dalam rawatan tradisional sebagai rawatan altenatif untuk pelbagai penyakit demi kesihatan manusia.

Pelbagai jenis vitamin dan enzim yang sesuai untuk menghalang penyakit untuk tubuh manusia.

4. Mengurangkan berat badan

How to Lose Weight Naturally | POPSUGAR Fitness

Anda boleh mengambil sesudu madu sebelum tidur atau campurkan dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi.

Madu dapat meningkatkan kadar metabolisme di mana akan membantu mengurangkan berat badan dengan lebih pantas.

Pengambilan madu amat baik untuk kesihatan dan elakkan memberi madu kepada bayi dan kanak-kanak.

Pastikan anda mengambil madu yang asli dan bukan campuran gula atau bahan kimia yang boleh beri kesan buruk pada badan.

 

Related Articles

Back to top button