Cendekiawan India, Maulana Rabey meninggal dunia
LUCKNOW: Presiden All India Muslim Personal Law Board (AlMPLB) sebuah badan utama ulama, Maulana Syed Muhammad Rabey Hasani Nadwi Sahab meninggal dunia dalam bulan Ramadan 1444H ini pada tengah hari Khamis.
Beliau berusia 93 tahun dan dibawa ke Lucknow untuk rawatan, di mana beliau meninggal dunia di Madrasa Nadwa di Daliganj.
Maulana Rabey menggantikan Maulana Mujahidul Islam Qasmi sebagai Presiden AIMPLB. Beliau membimbing masyarakat Islam ke arah menggunakan media dengan cara yang lebih baik. Semasa persidangan pada 2016, beliau berkata, “Hari apabila umat Islam akan memegang kuasa atas media pasti akan menjadi hari yang lebih baik bukan sahaja untuk umat Islam tetapi untuk seluruh dunia”.
“Kami amat berdukacita untuk mengumumkan pemergian Hazrat Maulana Syed Muhammad Rabey Hasani Nadwi Sahab, Presiden AIMPLB. Semoga Allah SWT mengurniakan arwah dengan maghfirah dan memberkati beliau dengan darjat tertinggi di Jannah. Kami mohon semua orang mendoakan maghfirah untuknya.” umum AIMPLB tentang presidennya itu di Twitter,
Arwah Maulana Rabey yang juga penaung universiti Islam terkenal Darul Uloom Nadwatul Ulama di Lucknow – kira-kira 530 kilometer dari New Delhi meninggal dunia kerana sakit tua.
Menurut Wikipedia, Maulana Syed Muhammad Rabey Hasani Nadwi Sahab dilahirkan pada 1 Oktober 1929 di Takia Kalan, daerah Raebareli di negeri Uttar Pradesh di India.
Beliau adalah anak kepada Rasheed Ahmad Hasani dan anak saudara kepada pengarang serta pencetus reformasi, Abul Hasan Ali Nadwi.
Beliau menamatkan pengajian di Darul Uloom Nadwatul Ulama pada tahun 1948. Beliau belajar di Darul Uloom Deoband selama setahun dan juga mengembara ke Hejaz untuk pengajian tinggi.
Beliau belajar bahasa dan sastera Arab, terutamanya dengan bapa saudaranya Abul Hasan Ali Nadwi. Guru-gurunya yang lain termasuk Abdul Qadir Raipuri, Abrarul Haq Haqqi dan Hussain Ahmad Madani.
Maulana Rabey Hasani adalah seorang pengarang yang cemerlang dan telah menulis beberapa buku tentang teologi Islam, termasuk ulasan tentang Al-Quran.
Karyanya paling popular adalah Rahbar-e-Insaniyat, sebuah biografi tentang Nabi Muhammad s.a.w.
Deeply saddened by the passing away of Maulana Rabey Hasani Nadwi ji, President of All India Muslim Personal Law Board.
A well-known Islamic scholar, his contributions to the advancement of education shall always be remembered.
Our thoughts are with his family and followers. pic.twitter.com/WExhtmES94
— Ikbal Hussain (@Ikbalhussainfbz) April 13, 2023
Warisan Maulana Radey yang terbilang dan tiada tandingannya akan terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Beliau memberi sumbangan yang besar kepada bidang pendidikan akan dikenang selama-lamanya dengan penuh penghormatan dan peranan penting beliau dalam mereformasi masyarakat Islam tidak dapat ditandingi. Beliau adalah salah seorang reformis paling prolifik dalam sejarah pasca kemerdekaan India.
BACA JUGA
GISBH manfaatkan MAPIM Mobile Kitchen bantu ummah di Johor