Malaysia kini mengalami cuaca panas yang melampau sehingga beberapa kes dilaporkan telah mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan antaranya strok haba.
Strok haba adalah sejenis penyakit kepanasan yang teruk dan mengakibatkan suhu badan lebih daripada 40 darjah Celsius. Ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.
Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi melindungi diri daripada cuaca panas ini.
Setiap individu dinasihatkan agar memperbanyakkan minum air kosong untuk kekal berhidrasi. Selain itu, kurangkan minuman yang manis, mengandungi kafien dan minuman yang berkarbonat.
Pada musim panas ini, setiap individu digalakkan untuk melebihkan masa berada di dalam rumah dengan mengehadkan aktiviti luar. Ini bertujuan melindungi daripada panas dan terik cahaya matahari.
Pemilihan pakaian juga haruslah sesuai dengan keadaan dan cuaca. Pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika musim sejuk atau waktu malam. Ia tidak sesuai dipakai ketika musim panas ini.
Panduan Kekal Sihat Ketika Cuaca Panas ☀️
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melaksanakan aktiviti luar dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh @metmalaysia.
Layari laman web rasmi @KKMPutrajaya untuk maklumat lanjut. pic.twitter.com/XHccMs96Tv
— 𝙋𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 𝘽𝙖𝙝𝙧𝙪 (@japenjohorbahru) May 2, 2023
Oleh itu, pakailah pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang ketika musim panas ini serta gunakan seperti topi atau payung bagi melindungi daripada panas matahari.
Jadi, pastikan untuk kekal sihat pada musim panas ini dengan melakukan beberapa langkah yang telah diberitahu dan segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan sekiranya mendapati diri berada dalam keadaan tidak sihat.