Covid19Semasa

KKM cadang denda langgar SOP dinaikkan dari RM1,000 kepada RM10,000

Perlu kajian semula, terserah Parlimen untuk putuskan

Kementerian Kesihatan mencadangkan denda bgai mereka yang melanggar perintah terkandung dalam SOP mengekang wabak Covid-19 ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM10,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata denda RM1,000 yang diperuntukkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, (Akta 342)  harus dikaji semula untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Akta itu yang dirangka pada tahun 1988, dan jumlah denda RM1,000 itu amat munasabah pada waktu terbabit dan kini ia perlu dilihat semula.

Namun menurut Tan Sri Dr Noor Hisham ia terpulang kepada parlimen untuk memutuskannya.

Jelas beliau cadangan untuk meningkatkan jumlah maksimum dengan itu telah pun diserahkan kepada Parlimen bagaimanapun ia sudah tentu mengambil masa untuk sebarang kelulusan.

Beliau berkata demikian di ibu negara, sempena dialog, Covid-19: Perjalanan Malaysia ke arah Mendatarkan Lengkungan di Persidangan Kesihatan Malaysia, hari ini.

Tan Sri Dr. Noor Hisham juga menolak cadangan ahli parlimen Kuching, Kelvin Yii, yang mengusulkan pengurangan denda kesalahan tidak memakai pelitup muka daripada Rm1,000 kepada Rm250.

Tegas beliau, perkara itu adalah merujuk kepada  kesalahan yang boleh didenda.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button