KUALA LUMPUR : Pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terus menjadi ‘role model’ dalam usaha menyantuni ummah dan menyediakan perkhidmatan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan hanya fokus kepada bantuan asas seperti makanan dan keperluan lain, malah mereka juga menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan.
Hari ini menjadi sejarah apabila MAPIM bergabung tenaga dengan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam menyediakan perkhidmatan bas bergerak atau lebih dikenali sebagai ‘mobile clinic’ bagi memudahkan mereka yang memerlukan pemeriksaan kesihatan.
Menurut Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk penyediaan bas klinik bergerak ini terutamanya kepada penduduk yang terlibat dalam musibah banjir.
“Alhamdulillah saya difahamkan seawal esok pagi ‘mobile clinic’ ini akan bergerak ke kawasan banjir iaitu di kawasan Hulu Langat selama 2-3 hari untuk beri perubatan dan rawatan kesihatan secara percuma.
“Objektif kami juga adalah untuk menyantuni seramai mungkin yang memerlukan rawatan di kawasan mereka, susulan itu kami juga akan memberikan khidmat kaunseling dan berdekatan kawasan terutamanya di PPR, kawasan terpencil dan mereka yang mengalami kesukaran untuk menghadiri ke klinik.
“Kita masih mempunyai perjalanan yang jauh, ramai kalangan rakyat kita masih ketinggalan dari segi perubatan jadi pihak MAIWP bersama MAPIM dalam masa yang sama akan cuba mengumpul data masyarakat untuk mengenal pasti kawasan memerlukan khidmat perubatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa insiatif ini merupakan satu manifestasi yang jelas bahawa MAIWP akan lebih mendekatkan lagi diri dengan masyarakat di sekitar Wilayah Persekutuan atau kawasan berdekatan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery, pihak MAPIM senantiasa mencari apa sahaja peluang khususnya untuk berkolaborasi dengan mana-mana agensi yang sudah terbukti dalam memberikan perkhidmatan dalam menyantuni ummah.
“Dalam keadaan negara diuji dengan banjir sudah pasti kita akan gerakkan apa sahaja inovasi yang boleh kami sediakan kepada mereka yang memerlukan.
“Kami telah merancang bahawa bas klinik ini akan digerakkan ke 7 buah negeri, perkhidmatan bas ini juga adalah sebagai tanda solidariti agar mereka yang kurang bernasib baik merasakan bahawa ada yang akan bersama dengan mereka ketika susah dan senang,” katanya ketika ditemubual Ummah Today.
Dalam pada itu, (Dr.) Sani turut memohon sokongan dari seluruh rakyat Malaysia untuk bersama sama bangkit dan buatlah apa sahaja yang dapat mengukir senyuman dengan keadaan negara kini diuji musibah.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038