DuniaSemasa

Lapangan terbang Jeddah benar jemaah luar beli satu botol air zamzam

Air tersebut kemudiannya akan dihantar melalui kargo ke negara yang dituju jemaah haji

JEDDAH : Jemaah haji yang pulang ke negara mereka dari Jeddah dibenarkan membeli satu botol lima liter air Zamzam di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, lapor Agensi Akhbar Saudi pada Ahad.

KAIA memberitahu bahawa botol tersebut kemudian akan dihantar melalui kargo ke negara yang dituju jemaah haji.

Pihak berkuasa lapangan terbang telah menjelaskan bahawa ia telah memperuntukkan laluan berasingan untuk penghantaran air tersebut, dan tidak dibenarkan membawa Zamzam dalam bagasi daftar masuk.

Pihak berkuasa lapangan terbang telah menyatakan bahawa mereka akan menerbitkan maklumat itu melalui akhbar dan e-akhbar dan semua platform media sosial, serta melalui mesej teks mengenai penghantaran bagasi dan mesej kesedaran berhubung dengan penghantaran air Zamzam.

Ia juga menegaskan bahawa pihak mereka akan menterjemah kandungan dan mesej tersebut ke pebagai bahasa bagi memastikan maklumat itu sampai kepada semua jemaah haji dari negara yang berbeza.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button