Semasa

Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin ini

SHAH ALAM : Kompleks Rawatan Harian (ACC) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang di ini yang sebelum ini telah dijadikan wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 akan dibuka semula Isnin ini.

 

HTAR memaklumkan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang bersama-sama dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam telah datang ke hospital berkenaan bagi melaksanakan proses sanitasi dan dekontaminasi ACC yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

β€œIa merupakan proses sanitasi dan dekontaminasi terakhir sebelum ACC dibuka semula pada Isnin depan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

 

HTAR memaklumkan bagi pengoperasian semula klinik-klinik di ACC pula, ia dijangka akan bermula pada September ini.

 

-BERNAMA

 

Related Articles

Back to top button