Dunia

Kucing antara penyebab utama kebakaran di Korea Selatan

Seoul : Lebih 100 kebakaran di ibu negara Korea Selatan berpunca daripada kucing, menurut pegawai bomba di bandar itu.

Kucing comel, tetapi mereka juga pandai melompat – sesuatu yang orang di Korea Selatan hanya sedari dengan cara yang perit.

Di Seoul, 107 kebakaran rumah disebabkan oleh kucing, yang melompat pada dapur elektrik, lalu menghidupkannya. Setelah dapur menjadi terlalu panas, ia terbakar, menurut jabatan bomba Korea Selatan.

Lebih separuh daripada kebakaran itu berlaku apabila pemilik kucing itu berada di luar rumah. Jabatan bomba Seoul menggesa rakyat supaya menjaga kucing mereka bagi mengelakkan kebakaran, yang telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda, dan mencederakan empat orang dalam tempoh dua tahun lepas.

“Kebakaran berkaitan kucing terus berlaku baru-baru ini. Kami menasihatkan penghuni yang mempunyai haiwan peliharaan supaya memberi perhatian lebih kerana api boleh merebak dengan cepat apabila tiada sesiapa di rumah,” kata Chung Gyo-chul, pegawai bomba, menurut CNN.

Sudah tentu, kucing tidak boleh dipersalahkan untuk semua kebakaran di Seoul, tetapi kucing terbukti menjadi agen kebakaran yang paling mudah sekiranya dibandingkan dengan haiwan peliharaan lain, kata jabatan itu.

Kebakaran berkaitan haiwan peliharaan telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, tambah pegawai bomba itu lagi.

– trtworld

Related Articles

Back to top button