DuniaKemanusiaanPalestinSyria

Rakyat Palestin lancar kempen bantuan kemanusiaan untuk pelarian Syria

IDLIB : Rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki dan Gaza telah mengumpulkan $10 juta dalam masa kurang sebulan untuk membina rumah bagi pelarian Syria, menurut aktivis di sebalik kempen itu.

“Objektifnya adalah untuk mengumpul 100 pemanas untuk 100 rumah. Kemudian kami mendapati bahawa orang ramai membantu dan kami mempunyai banyak jenis barang keperluan,” menurut Ibrahim Khalil, 33, seorang aktivis sosial dari bandar Nazareth di utara Israel,

Sejak enam tahun lalu, rakyat Palestin telah menderma makanan dan keperluan lain kepada pelarian Syria di wilayah Idlib yang bersempadan dengan Turki melalui pertubuhan bukan keuntungan Merciful Souls.

Menurut ketua pertubuhan, Raed Badr, rancangan mereka adalah untuk membina sekitar 3,000 unit rumah.

Ia juga merangkumi klinik dan sekolah, berdasarkan model yang diterbitkan di laman web organisasi, dengan penganjur berharap kerja-kerja pembinaan akan siap dalam tempoh enam hingga lapan bulan.

“Suatu hari nanti, saya harap mereka akan memindahkan kami ke rumah baharu kerana hujan yang telah menenggelamkan khemah kami,” kata Nada, 11 tahun, seorang gadis yatim piatu yang tinggal bersama neneknya.

Badr percaya video yang tersebar di media sosial menunjukkan kanak-kanak yang mengalami kesejukan dalam salji mendorong orang ramai untuk mengulurkan sumbangan kepada mereka.

Seruan untuk sumbangan tular di media sosial dengan tanda pagar Arab “rumah bukannya khemah”.

Untuk rekod, perang saudara di Syria, yang berpunca daripada pemberontakan menentang pemerintahan pemimpin rejim Bashar al Assad pada 2011, menyebabkan krisis pelarian terbesar di dunia.

Perang itu telah membunuh kira-kira setengah juta orang dan menyebabkan beberapa juta lagi kehilangan tempat tinggal.


*Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebelum ini berjaya membina dan menggali 17 buah telaga di Syria atas infaq orang ramai.

Wakaf telaga air itu berharga RM30,000 dan dimanfaatkan oleh anggaran seramai 200,000 orang di kawasan perkampungan pelarian.

*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button