DuniaSemasa

Kumpulan biri-biri berjalan dalam bulatan selama 2 minggu

ULAANBAATAR: Beberapa ekor kambing biri-biri berjalan dalam bulatan selama 2 minggu berturut-turut di wilayah Inner, Mongolia baru-baru ini.

Tingkah laku pelik itu yang dirakamkan menerusi kamera pengawasan menunjukkan kumpulan besar haiwan itu terus berarak mengikut arah jam dalam bulatan hampir sempurna di sebuah ladang.

Beberapa ekor biri-biri lain boleh dilihat melihat dari luar bulatan tersebut.

Rakaman video adegan aneh itu menjadi perkongsian warga Twitter sejak Rabu lalu selepas akhbar China, People’s Daily melaporkannya.

Akhbar itu melaporkan biri-biri itu sihat sempurna dan punca kelakuan itu masih lagi menjadi misteri.

Pemilik biri-biri itu yang dikenali sebagai Miao mendakwa, kejadian tersebut dimulakan oleh beberapa ekor biri-biri sahaja kemudian disertai oleh lebih banyak haiwan berkenaan.

Walaupun terdapat 34 kandang biri-biri di ladang penternakan tersebut hanya sejumlah biri-biri di salah satu kandang berkelakuan aneh sebegitu.

Terdapat banyak kejadian aneh alam yang tidak dijangka manusia tetapi selepas dikaji, maka kita akan mengakui bahawa benarlah firman Allah SWT dalam ayat ke-190, surah Ali Imran yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.”

BACA JUGA
Sah ke kalau wanita yang sembelih haiwan?

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button