
KABUL : Pentadbiran baharu yang diterajui Taliban kini mula mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa susulan lebih banyak negara luar bakal membuka kedutaan di Afghanistan.
Menteri Luarnya, Amir Khan Mutaqqi, berkata, antara negara yang akan membuka kedutaan mereka di Afghanistan termasuk Turki, Itali dan Jerman yang juga negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)
“Kebanyakan negara misalnya Pakistan, Turkmenistan, Kazakhstan dan Iran sudah mula membuka kedutaan mereka di negara ini. Malah Jerman turut akan membuka kedutaannya pada minggu in,” menurutnya.
Ogos lalu, Taliban telah mengambil alih pentadbiran Afghanistan setelah menumbangkan kerajaan Mohammad Ashraf Gani, susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu selepas 20 tahun mendudukinya.
– AGENSI
Oleh Hafeez Anuar