This Monster Monsoon has been relentless, unprecedented & completely another level of torrential rain. It has obv brought an unmitigated climate dystopia to our doorstep. We are coping to the best of our capacities,but even the relief,rescue effort is a huge mission. @BBCWorld pic.twitter.com/rJKZCbgp8y
— SenatorSherryRehman (@sherryrehman) August 31, 2022
ISLAMABAD: “Lebih satu pertiga negara Pakistan ditenggelami air akibat banjir yang berpunca daripada hujan monsun paling lebat dalam sejarah!” adu Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman kepada media antarabangsa hari ini.
“Negara ini menjadi seperti lautan, tiada lagi daratan kering untuk mengepam keluar air banjir.” jelas Sherry lagi.
Pakistan mempunyai keluasan 881,913 kilometer persegi, menjadikannya negara ke-33 paling besar di dunia malah lebih besar daripada Turkiye, Perancis serta Jerman.
Didiami oleh 242 juta penduduk, Pakistan juga merupakan negara yang mempunyai populasi ke-5 paling ramai di dunia.
“Apa yang berlaku di Pakistan sekarang bukan lagi hujan monsun biasa, ia adalah malapetaka iklim. Banjir kali ini mencetuskan krisis yang skalanya sukar untuk dibayangkan.” tambahnya.
The rooftop rescues: Quamber Shahdadkot, Sindh. #PakistanFloods pic.twitter.com/ZdI2Dw8Vnj
— SenatorSherryRehman (@sherryrehman) August 30, 2022
Sherry berkata, kerajaan terpaksa mengerahkan tentera laut untuk beroperasi dalam negara buat kali pertama dan itu bukan operasi di perairan Pakistan.
“Ini kerana daratan yang begitu luas telah ditenggelami air!” keluhnya.
Angka kematian akibat hujan monsun yang melanda Pakistan sejak pertengahan Jun lalu mencecah 1,350 kelmarin, demikian menurut South Asia Index.
Lebih 50 juta rakyat kini hidup merempat, manakala 900 ribu ternakan mati dan 1 juta kediaman rosak akibat ‘gergasi monsun’ ini, berdasarkan agensi berkenaan.
Pakistan’s devastating floods:
– 1350 people killed
– 50M people displaced
– 900K livestock deaths
– 1M houses washed away
– 40+ reservoirs breached
– 220+ bridges collapsed
– 90% cropped damaged
– $10B loss to economy
– 1/3 country underwaterSource – PDMA / NDMA pic.twitter.com/TG6jnL8zZQ
— South Asia Index (@SouthAsiaIndex) August 29, 2022
Negara Pakistan terus lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
www.rayuanPakistan.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016