
AMPANG: Seorang lelaki tergamak menetak bekas bapa mentuanya akibat tertekan sering didesak membayar ganti rugi dalam kejadian di sebuah kedai makan dekat Pandan Jaya, di sini, semalam.
“Siasatan di lokasi mendapati mangsa yang juga warga asing berusia 51 tahun ditetak di badan berkali-kali oleh suspek iaitu bekas menantunya berusia 25 tahun menggunakan parang lalu tercedera pada bahagian belakang kepala, pipi sebelah kiri dan lengan kiri.” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Farouk berkata, suspek bertindak melarikan diri selepas kejadian itu dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai disebabkan mangsa ada meminta sejumlah wang ganti rugi yang dijanjikan suspek, namun desakan itu mengakibatkan suspek bertindak menetak mangsa
“Mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan kini berada di Zon Kuning Hospital Ampang dilaporkan dalam keadaan stabil dan Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today