
Sabak Bernam : Dalam pandemik covid 19, antara yang sangat terjejas adalah golongan ibu tunggal. Mereka terjejas bukan sahaja daripada kebendaan akibat kehilangan mata pendapatan, tetapi juga kerana daripada segi emosi. Anak-anak jauh kerana tidak dapat pulang ke kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
MAPIM Malaysia yang dalam Misi Ummah Bantu Ummah di Sabak Bernam sempat menyantuni beberapa buah keluarga ibu tunggal, yang termasuk dalam senarai penerima bantuan.


Antaranya adalah Puan Ngatini. Sekarang dia tinggal sendiri. Suaminya meninggal tahun 2000. Sekarang dia bergantung pada hasil bendang dan kiriman wang daripada anaknya. Tetapi oleh kerana anaknya jauh kerana PKP, sesekali menitik juga air mata merindukan mereka.




MAPIM Malaysia juga sempat mengunjungi Puan Azizah yang baru kematian suami pada tahun lepas (2020). Kini beliau tinggal di rumah yang uzur sementara rumah bantuannya siap dibina. Puan Azizah kini tinggal bersama dengan seorang anaknya yang kelainan upaya dan seorang nenek yang sudah uzur. Pendapatannya tidak tetap tetapi dia tetap tabah dalam mendepani kehidupan.



MAPIM Malaysia sempat memberikan bantuan keperluan asas kepada semua keluarga tadi. Kesemua bantuan itu adalah infaq daripada rakyat Malaysia, dan MAPIM Malaysia hanya sebagai penyampai amanah. Namun ia belum mencukupi. Senarai penerima yang layak menerima bantuan masih panjang, tetapi senarai bantuan semakin berkurang. MAPIM Malaysia merayu rakyat Malaysia yang prihatin untuk sama-sama menyumbang.
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.
Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com
ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu
1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016