Bangi : Berita rakyat yang mengalami depresi sehingga ada yang mengambil keputusan menamatkan nyawa sendiri, semakin kerap berlegar di media sosial. Ini semua bermula daripada masalah dan bebanan yang dihadapi akibat pandemik covid-19. Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan, tetapi meruntuhkan ekonomi rakyat kebanyakan.
Perkembangan yang menakutkan ini telah merisaukan kepimpinan tertinggi MAPIM Malaysia. Atas sebab itu MAPIM mengambil keputusan menangguhkan Misi Kemanusiaan Gaza yang sudah dirancang lama sebelum ini. Atas dasar amanah, MAPIM akan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada bagi mengawal susun atur bantuan kemanusiaan untuk Gaza dari dalam Malaysia.
Ini bagi membolehkan MAPIM Malaysia fokus penuh kepada Misi Khas Dalam Negara. Segala bantuan yang berjalan sekarang selain digandakan lagi jumlahnya, bantuan juga akan dipelbagaikan lagi bentuknya. Ini termasuk kotak bantuan untuk 10,000 keluarga, khidmat kaunseling, dan khidmat perubatan percuma menerusi Ummah Mobile Clinic. Dijangkakan Ummah Mobile Clinic akan memberikan manfaat kepada 200 pesakit setiap hari.
MAPIM Malaysia sedar bahawa semua ini perlukan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia. Jadi MAPIM berharap dapat bergandingan dengan pihak-pihak yang berkongsi hasrat dan harapan yang sama bagi memberikan impak yang lebih besar dalam usaha menyantuni Ummah tanpa mengira bangsa dan agama.
“Kita tidak ada pilihan A B C. Kita hanya ada 1 pilihan, iaitu turun padang dan menggandakan usaha bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonomi dan emosi, tanpa mengira bangsa dan agama. Kami sedar, MAPIM bukanlah agensi besar seperti yang ramai sangka sebelum ini, tetapi itu bukan alasan untuk kami tidak memberikan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Atas kerana itu juga MAPIM mengharapkan sokongan dan dukungan daripada seluruh rakyat Malaysia. Ini bukan misi MAPIM semata-mata, ini adalah Misi Ummah untuk Ummah.”
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com
ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu
1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016