KUALA LUMPUR : Dalam penerangan di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa bangga terhadap pasukan SAR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Turkiye termasuk Mercy Malaysia serta Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) atas tugas yang luar biasa.
Perdana Menteri mengadakan lawatan sehari ke Turkiye pada 14 Februari lalu untuk bertemu dengan Erdogan di Ankara bagi menyampaikan ucapan takziah rakyat malaysia dan maklumkan berkenaan bentuk bantuan yang diusahakan kerajaan Malaysia.
Beliau turut menyantuni pasukan SAR Malaysia yang bertugas yang membantu mangsa gempa bumi di Nurdagi, Turkiye yang terdiri daripada SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Dalam beberapa jam bercakap dengan mereka, tiada seorang pun yang mengeluh keletihan, masalah makan minum.”
“Semua katakan mereka bersyukur kepada Allah kerana dapat berkhidmat dengan baik, sempurnakan solat berjemaah dan makan minum yang disediakan, yang kebanyakkannya makanan segera daripada tin,” tegas Perdana Menteri.
Perdana Menteri menyatakan rasa beruntung dan terhutang budi kepada pasukan SAR dan NGO yang terlibat kerana pasukan Malaysia merupakan pasukan yang terawal memberi khidmat sangat cemerlang membantu dalam misi mancari seta menyelamat mangsa gempa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan elaun khas dan pingat khidmat khusus kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia yang bertugas menyelamatkan mangsa gempa bumi di Turkiye.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia