BanjirDomestikKemanusiaanSemasa

MAPIM ziarahi Madrasah terkesan akibat banjir kilat di Gurun

Oleh, Bahruddin Bekri 

Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang membuatkan ramai pihak berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Antara pihak yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga adalah MAPIM Malaysia.

Semalam, MAPIM Malaysia yang diwakili oleh pegawai kanan domestik, Ustaz Shaiful Yamin Dahlan telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan untuk Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam At Taqwa SMITI di Sungai Bongkok, Gurun yang dilanda banjir kilat baru-baru ini.

Banjir yang terjadi akibat hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam telah naik setinggi paras lutut.

Tindakan cepat pelajar dan pengurusan madrasah hanya mampu mengelakkan kemusnahan menjadi lebih teruk. Ini telah menganggu aktiviti harian dan menyebabkan kerugian yang besar kepada pihak pelajar dan madrasah.

Menurut pengetua sekolah terbabit, kemusnahan yang disebabkan oleh banjir tersebut telah melibatkan kerugian sebanyak RM100,000.

MAPIM Malaysia turut menyampaikan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban pihak madrasah.

Menurut Ustaz Yamin, pihak MAPIM Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca yang mungkin menyebabkan bencana, dan sentiasa siap sedia untuk turun memberikan bantuan pada bila-bila masa.

Sementara itu, kira-kira 508 keluarga di sekitar Gurun, Kedah terjejas akibat banjir kilat yang melanda baru-baru ini.

Antara kawasan yang terjejas disebabkan banjir ialah Kampung Sungai Ibor, Kampung Belakang Mahkamah Gurun, Kampung Guar  Nenas, Sungai Badak, Kampung Batu 5, Kampung Batu 3, Kampung Sungai Tok Pawang, Kampung Pulau Changai, Taman Gurun Jaya dan Gurun Stesen.

Related Articles

Back to top button