PendidikanSemasa

Masalah keciciran literasi 3M pelajar, Menteri Pendidikan jemput NGO bantu KPM

NIBONG TEBAL: Menteri Pendidikan, Fadhlina Dato’ Sidek mengalu-alukan kajian yang dilakukan pelbagai pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai masalah keciciran pelajaran.

Sebelum ini, berdasarkan kajian dibuat terdapat 1 juta kanak-kanak di negara ini berdepan dengan masalah keciciran literasi iaitu kurang menguasai kemahiran 3M iaitu (membaca, menulis dan mengira.)


Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir pernah menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.

Menurut Zul Fikri, penutupan sesi persekolahan selama 42 minggu akibat pandemik COVID-19 sebelum ini adalah antara punca keciciran.

“Kita hendak jemput semua yang ada input berkaitan keciciran untuk datang dan bentang kepada KPM supaya kita dapat data lengkap dan intervensi kita boleh lakukan bersama, supaya pihak KPM tidak ketinggalan melihat intervensi secara bersama.”

“Isu ini penting dan tak boleh dipinggirkan oleh mana -mana pihak yang berkepentingan,” kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Dato’ Sidek.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan NGO berhubung sejuta kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran literasi dalam sidang media di Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya, Nibong Tebal, pada Jumaat.

BACA JUGA
Poligami perlu ikut undang-undang, jujur dengan pasangan – Exco

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button