DomestikSemasa

Tabung Haji terus biayai kos secara bersasar jemaah Haji Malaysia

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) masih membiayai sebahagian kos jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji buat pertama kali secara Muassasah melalui Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).

Agensi itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pada musim haji tahun 2022, bantuan sebanyak 62% diberikan kepada seorang jemaah golongan B40 iaitu RM17,652 manakala 55% bagi jemaah bukan B40 iaitu RM15,652 bagi melakukan ibadah itu.

Ini dilakukan melalui penetapan bayaran haji bersasar pada kadar RM10,980 (38% daripada kos haji) sejak 2022 bagi jemaah B40 manakala RM12,980 (45% daripada kos haji) bagi jemaah haji bukan B40.

“Sementara itu, jemaah Muassasah yang menunaikan haji buat kali kedua atau lebih tiada bantuan kewangan haji dan bayaran penuh kos akan dikenakan kepada mereka,” menurut kenyataan berkenaan.

Foto Arkib. Kredit foto FB Tabung Haji

Kenyataan itu juga menyebut bayaran kepada jemaah adalah lebih rendah daripada kos sebenar menunaikan ibadah haji iaitu sebanyak RM28,632 seorang.

TH turut menjelaskan lima faktor kenaikan kos yang di luar kawalan mereka.

“Faktor penyumbang berkenaan adalah kenaikan kadar inflasi dan sara hidup di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan pencukaian baharu, penambahan kualiti perkhidmatan dan kemudahan serta pembangunan di Makkah dan Madinah.”

“Untuk makluman, sebanyak 64% kos haji dibelanjakan untuk penginapan, penerbangan carter haji manakala 36% lagi digunakan bagi perkhidmatan di Arab Saudi,” tulis kenyataan itu lagi.

BACA JUGA
Tabung Haji diiktiraf pembimbing haji terbaik dunia Islam

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button