
Tarikh 30 September menandakan genap setahun syahidnya wartawan TRT, Yahya Barzaq, yang terkorban akibat serangan kejam rejim Israel di Semenanjung Gaza.
Kisah Allahyarham menyayat hati apabila niat asalnya untuk merakamkan detik-detik kegembiraan menyambut kelahiran bayi baharu di dalam keluarga terpaksa ditangguhkan demi menjalankan amanah besar — mendokumentasikan penderitaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin akibat serangan rejim yang berterusan.
Pemergian Yahya Barzaq menjadi simbol pengorbanan besar para petugas media yang terus mempertaruhkan nyawa demi menyampaikan kebenaran dan realiti sebenar di lapangan meskipun berdepan ancaman maut setiap saat di wilayah yang dikepung itu.
SUMBER: TRT World






