Covid19Semasa

10 hari pertama 2021 – 80 maut Covid-19

Beza dengan sembilan bulan tahun 2020 - kurang 100 kes kematian

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan terhadap jumlah 71 kes kematian  dicatatkan negara akibat COVID-19, walaupun baru saja memasuki tahun baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan  berkata, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, jumlah kes kematian kurang daripada 100 kes.

Malah pada Khamis lalu kes kematian mencatatkan yang tertinggi iaitu 16 kes pada sehari Khamis lalu.

“Bagaimanapun, pada tahun ini, dalam tempoh sembilan hari, kita sudah mencatatkan sebanyak 71 kes kematian akibat COVID-19. Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah SWT melindungi kita semua,”

Beliau berkata demikian alam Twitternya, semalam.

Sebanyak 2,451 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah sebanyak 133,559 kes.

Sementara itu dalam catatan di Facebook miliknya, Noor Hisham berkata, bukan mudah untuk petugas barisan hadapan menguruskan pesakit COVID-19.

“Mereka terpaksa memakai PPE (peralatan perlindungan diri) lengkap dengan bermandikan peluh dalam keadaan panas terik sehingga liang lahat dan sehingga selesai segala urusan pengebumian kes COVID-19.

“Semoga kita semua memahami cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh semua petugas barisan hadapan. Marilah bantu negara dengan kita jaga kita, kita jaga keluarga kita.

“Semoga kita semua terlindung daripada musibah COVID-19,” katanya dengan menyertakan enam gambar bagaimana petugas barisan hadapan menguruskan jenazah sehingga di tanah perkuburan.

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button