KAHERAH : Mesir menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 Sputnik V Rusia.
Sejumlah 210,000 dos awal ini diterima oleh Pihak Berkuasa Mesir bagi Perolehan dan Bekalan Perubatan yang dikendalikan oleh kerajaan negara itu.
Penghantaran ini adalah hasil perjanjian yang ditandatangani Kaherah dan Moscow pada Mei lalu. Baki dos daripada keseluruhan dua juta dos yang dipersetujui akan diterima dalam satu tempoh yang akan datang.
April lalu, Yayasan Kedaulatan Rusia menandatangani perjanjian dengan Minapharm Pharmaceutical Mesir, yang membolehkan syarikat farmaseutikal tempatan itu mendapat lesen dan dan menghasilkan lebih daripada 40 juta dos vaksin Rusia.
“Mesir akan menghasilkan 40 juta dos vaksin Sinovac dan Sputnik V setiap tahun,” – Yayasan Kedaulatan Rusia
Selama enam bulan terakhir, Mesir menyaksikan penurunan jumlah jangkitan, dengan 466 kes dan 32 kematian pada hari Rabu lalu, menurut data rasmi.
Worldometer AS melaporkan setakat ini, 278,761 telah dijangkiti virus COVID-19 di Mesir. 15.967maut, dan 20,.411 yang lain pulih.
Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.