Semasa

Tersepit kesan pandemik, syukur ada program Back to School!

Bantuan persekolahan sempena tahun baharu

BANGI  :

“Kesan pandemik sangat terasa – jika dulu sehari boleh dapat RM200 sekarang untuk dapat RM50 pun susah”

Keluhan itu bagaimanapun terubat selepas Progam Back to School 3.0 MAPIM Malaysia mengurangkan bebanan perbelanjaan persekolahan yang tinggal berapa hari lagi saja untuk bermula.

Bagi Suzliyana Mustafa, 35, program ini memberi manfaat kepada keluarga beliau setelah pendapatan suami sebagai pemandu Grab, terjejas kerana pandemik Covid19, malah meringankan peruntukan ke atas lima orang anaknya yang berusia di antara sembilan bulan dan 15 tahun.

Paling teruja Hazriq Zakuan Zahari yang walaupun dalam keadaan kaki bersimen dihempap basikal tetap teruja untuk memiliki pakaian sekolah yang baharu untuk ke sekolah dua minggu lagi.

Hazriq adalah di antara seramai 150 penerima bantuan Program Back to School 3.0 anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini yang hadir di hadir di Gallery Uniform Bangi bagi menerima bantuan set persekolahan.

Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada  3,000 permohonan yang diterima oleh MAPIM dari sekitar negeri Selangor.

Seawal jam 10 pagi, ibu bapa bersama anak mereka datang untuk mendaftar, sebelum itu mereka disaran mematuhi SOP bagi mengekang penularan Covid-19.

Kemudian mereka diminta mencuba untuk mendapatkan saiz sebenar set pakaian sekolah anak-anak dan juga saiz kasut, dan perlu menunggu sehingga urusan pengambilan disempurnakan oleh aktivis MAPIM.

Setiap pelajar sekolah rendah dan menengah layak mendapat satu set pakaian sekolah, beserta beg dan sepasang kasut serta stokin dalam program bantuan awal persekolahan ini.

Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM,  (Dr.)  Sani Araby Al Kahery yang turun padang menyantuni asnaf yang bertuah ini dalam  program ini tidak menolak kemungkinan, program Back To School diperluaskan ke beberapa buah negeri yang lain pada masa akan datang.

Tambah (Dr.) Sani, permintaan yang tinggi diterima MAPIM ini kerana persediaan dahulu dan kini berbeza kerana faktor semasa yang ramai hilang pekerjaan.

Program Back To School ini juga adalah kesinambungan daripada program seumpamanya yang pertama kali dianjurkan pada tahun 2019, dan Back To School 2.0 pada tahun lalu.

Melihat kepada situasi keadaan ekonomi sekarang, ramai di antara rakyat Malaysia yang terjejas akibat hilang pekerjaan dan juga terputus sumber pendapatan.

MAPIM dengan rasa tanggungjawab menjalankan program ini bagi membantu golongan asnaf dan juga mereka yang amat memerlukan.

Penerima bantuan lain pada program kali ini adalah seorang ibu tunggal, Rozana Hamzah 46, beliau sangat bersyukur kerana dua orang anaknya Daniel 15 dan Alisha 13 terpilih sebagai penerima sumbangan barangan persekolahan pada hari ini.

Beliau sangat berterima kasih kepada MAPIM dan juga pihak yang memberi sumbangan, sehingga program ini dapat dijalankan.

Manakala Nora, 36, pula menyifatkan walau seorang saja anaknya yang menerima set pakaian sekolah namun beliau bersyukur kerana sentiasa menjadi mereka yang dipilih MAPIM sejak pelaksanaan PKP lalu kerana suaminya yang masih menganggur.

Beliau hadir dengan tiga anak yang masih kecil dan amat menghargai bantuan berkenaan yang disediakan MAPIM buat keluarganya.

Melihat kepada kegembiraan pada wajah anak-anak yang menerima bantuan ini, sedikit sebanyak membuatkan penat lelah 29 petugas MAPIM berbaloi.

  •  Muhammad Haiqal Nor Wahid

_____________________________

MAPIM kini melancarkan misi khas bantuan kecemasan untuk semua mangsa banjir.

Antara bantuan kecemasan yg akan digerakkan segera adalah
– 10,000 kotak bantuan makanan
– 5,000 kotak hygience kit
– Food Truck Makanan Panas utk petugas dan mangsa
– Double-Decker Mobile Clinic utk rawat mangsa dan mereka yg memerlukan
– double decker bas membawa 80 aktivist MAPIM
– Team pasca banjir utk bersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa dilapangan

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button