OIC kecam lawatan presiden Israel ke Masjid Ibrahimi di Hebron

HEBRON : Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam lawatan Presiden Israel Isaac Herzog ke Masjid Ibrahimi di bandar Hebron Tebing Barat untuk meraikan perayaan Yahudi Hanukkah.
Herzog memasuki ke dalam masjid untuk menyertai upacara menyalakan lilin Yahudi dengan diiringi sejumlah besar polis Israel dan penceroboh Yahudi.
Dalam satu kenyataan, OIC yang berpangkalan di Jeddah mengecam tindakan itu sebagai “provokasi sentimen umat Islam” dan “penerusan serangan Israel terhadap hak rakyat Palestin, tanah dan tapak suci mereka”.
Kumpulan pan-Muslim itu berkata lawatan presiden Israel itu “adalah sebahagian daripada rancangan Israel untuk menganuti Masjid Ibrahimi dan mengetatkan cengkaman Israel ke atasnya”.
OIC menyeru masyarakat antarabangsa untuk “bertindak segera untuk melindungi tapak suci dan bersejarah milik Palestin dan memaksa pihak berkuasa Israel menghormati kesucian kawasan suci.”
Pada Ahad lalu, Pengarah Masjid Ibrahimi, Sheikh Hefthi Abu Sneina berkata tentera Israel menutup masjid dan menghalang jemaah Palestin daripada sampai ke kawasan tersebut.
Untuk rekod, selepas pembunuhan beramai-ramai pada 1994 ke atas 29 jemaah Palestin di dalam masjid oleh seorang pengganas Yahudi, Baruch Goldstein, pihak berkuasa Israel membahagikan kompleks masjid antara jemaah Islam dan Yahudi.
Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO memutuskan pada Julai 2017 untuk memasukkan Masjid Ibrahimi dan bandar lama Hebron dalam Senarai Warisan Dunianya.
Hebron adalah tempat tinggal kepada kira-kira 160,000 orang Islam Palestin dan kira-kira 500 penceroboh Yahudi.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia