DuniaSemasa

Pakej haji tanpa kelulusan akan didakwa – TH

KUALA LUMPUR : Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej haji 1443H/2022M yang ditawarkan oleh segelintir agensi pelancongan yang tidak mendapat kelulusan daripada Tabung Haji (TH).

Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan memaklumkan hanya kerajaan Arab Saudi mempunyai hak mutlak terhadap permohonan visa haji.

“Bakal jemaah haji yang mendapat Visa Furada dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan olej Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang mempunyai lesen sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada musim haji tahun ini, TH telah melantik 22 syarikat pelancongan tempatan yang berpotensi sebagai PJH berlesen untuk menguruskan pemergian ke Tanah Suci untuk ibadah haji.

Sekiranya terdapat individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH, ia merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

“Tabung Haji sentiasa mengambil berat akan kebajikan bakal haji dan khuatir dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji kepada umat Islam di negara ini,” katanya.

Selain itu, bakal haji Malaysia disarankan untuk sentiasa berwaspada dengan penipuan Visa Furada. Orang ramai boleh melakukan semakan senarai Pengelola Jemaah Haji yang mendapat lesen daripada TH melalui laman sesawang di www.tabunghaji.gov.my.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button