Semasa

Hajat ke Baitul Mal tidak kesampaian

Polis bantu motosikal terbakar

JOHOR BAHRU : Hasrat seorang lelaki Orang Asli yang sedang dalam perjalanan untuk membuat permohonan bantuan daripada Baitulmal Johor musnah, apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya rosak lalu terbakar di laluan motosikal Plaza Tol Senai, semalam.

Menerusi hantaran Facebook Polis Daerah Kulai, kebakaran dipercayai berpunca daripada percikan api di bahagian enjin motosikal itu.

Malah katanya, lelaki berusia 30-an dan dua anaknya yang berusia enam dan lapan tahun itu juga tersesat ketika dalam perjalanan ke Baitulmal itu bagi memohon bantuan.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dipadam atas tindakan pantas seorang anggota daripada Balai Polis Senai, Koperal Mohd Redzuan Mohamed yang ketika itu sedang bertugas di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Senai.

“Mohd Redzuan bergegas datang membantu memadamkan kebakaran. Walaubagaimanapun api cepat marak dan memusnahkan keseluruhan motosikal tersebut,” katanya.

Kebakaran itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan terhadap ketiga-tiga mereka. – FB Polis Daerah Kulai

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button