DuniaSemasa

Pasukan penyelamat Malaysia pikul peranan besar di Turkiye

PUTRAJAYA : Malaysia setakat ini telah menghantar 142 anggota penyelamat serta dua ekor anjing pengesan (K9) bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan anggota terbabit terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) manakala K9 adalah milik JBPM.

“Hasil kerjasama rapat antara semua agensi kerajaan dengan perwakilan Malaysia di Ankara dan Istanbul, pasukan Malaysia yang diketuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menjadi antara SAR terawal tiba di lokasi kejadian iaitu di Gaziantep.

“Pasukan penyelamat Malaysia juga merupakan pasukan SAR pertama dari negara Asean yang tiba di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, antara kejayaan besar pasukan Malaysia adalah penemuan lima mangsa yang terselamat walaupun selepas lebih 129 jam (lima hari) kejadian gempa bumi berlaku.

Selain itu, Wisma Putra turut memaklumkan Malaysia telah membuka Hospital Medan Malaysia (HMM) kategori tiga di Celikhan, Adiyaman yang dikendalikan ATM.

Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lalu meragut ribuan nyawa dengan kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button