DuniaSemasa

PBB bahas isu serangan pengganas israel dan konflik di Tebing Barat

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bersidang pada Jumaat untuk membincangkan isu ketegangan yang berlaku di bandar Jenin, Tebing Barat, yang telah menyebabkan 12 kematian dan ratusan warga Palestin cedera.

Pertemuan ini diajukan oleh Emiriah Arab Bersatu dan majlis yang terdiri daripada 15 anggota bertemu dalam sesi mesyuarat tertutup, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu.

Ketegangan di Tebing Barat telah meningkat dalam beberapa bulan terakhir akibat serangan rejim israel terhadap bandar-bandar Palestin, terbaharu dengan restu Amerika Syarikat.

Pada Isnin, tentera zionis melancarkan operasi ketenteraan terbesar dengan ganas di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun, yang mengakibatkan kematian, kecederaan, halangan kepada akses bantuan perubatan, kerosakkan infrastruktur dan pencerobohan rumah penduduk secara zalim.

Tentera rejim turut dituduh dengan kejam mengacukan senjata serta menggunakan orang awam sebagai perisai.

Sejak awal tahun ini, hampir 190 umat Islam Palestin telah dibunuh tentera rejim israel, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button