SemasaSukan

Pearly-Thinaah Gagal Jadi Beregu Wanita Pertama Malaysia Juara Terbuka Jepun 2025

Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 – Harapan pasangan beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah, untuk menjadi gandingan pertama negara memenangi Terbuka Jepun pupus apabila tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dalam aksi final kejohanan Super 750 di Gimnasium Tokyo Metropolitan, semalam.

Perlawanan bermula sengit dengan kedua-dua pasangan terikat 6-6, namun pasangan China mendominasi set pertama dengan kemenangan 21-5. Pada set kedua, Sheng Shu-Tan Ning terus agresif, memimpin 4-0 sebelum menamatkan perlawanan dalam masa 45 minit dengan skor 21-14. Ini merupakan kekalahan ke-12 Pearly-Thinaah kepada pasangan China tersebut.

Sebagai naib juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah USD33,250 (RM141,000), manakala Sheng Shu-Tan Ning meraih USD70,300 (kira-kira RM298,000). Pencapaian ini menyamai rekod legenda badminton Malaysia, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, yang menjadi naib juara pada edisi 2008.

Thinaah, dalam kenyataan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mengakui tekanan hebat dari lawan menyebabkan mereka gagal mengekalkan rentak. “Ini bukan permainan yang kami mahukan. Kami akan ambil iktibar dan fokus semula untuk minggu hadapan,” katanya.

Pearly-Thinaah akan meneruskan kempen di Terbuka China, kejohanan Super 1000, dari 22 hingga 27 Julai, berdepan rakan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, di pusingan pertama di Olympic Sports Centre Gymnasium, Changzhou.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button