BERLIN: Siasatan dijalankan oleh Pendakwa Raya Jerman ke atas dua pemimpin parti gabungan, Greens, Robert Habeck dan Annalena Baerbock berhubung dakwaan menerima bayaran khas COVID-19.
Spiegel Online melaporkan, siasatan dimulakan berhubung dakwaan pecah amanah yang menjejaskan parti, membabitkan bayaran 1,500 euro (RM7,131) kepada anggota lembaga parti Greens pada 2020.
Selain itu, pasukan pendakwa Berlin sedang menyiasat enam anggota lembaga yang memegang jawatan menteri Ekonomi dalam kerajaan gabungan termasuk habeck dan Baerbock, kini Menteri Luar, kata seorang jurucakap parti Greens.
“Ahli lembaga berkenaan dan ibu pejabat parti sedang bekerjasama sepenuhnya bersama pejabat pendakwa raya bagi memperjelaskan fakta sebenar secara menyeluruh secepat mungkin, manakala ‘bonus coronavirus’ itu dibayar kepada semua kakitangan di ibu pejabat parti dan ahli lembaga tetapi ahli lembaga sudah mengembalikan bayaran bonus berkenaan.” katanya.
Semasa kempen pilihan raya tahun lalu, bayaran khas itu didedahkan apabila Baerbock, yang ketika itu bertanding untuk jawatan Canselor Jerman dan dikritik kerana tidak mengisytiharkan pendapatan tersebut.
Free Democrats bersama Parti Greens berkongsi kuasa dalam gabungan tiga parti yang diterajui Social Democrat bagi membentuk kerajaan di Jerman. – REUTERS
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today