Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
GAZA: Kapal tentera laut Israel pada Isnin melepaskan tembakan ‘machine gun’ ke arah nelayan Palestin yang berlayar di luar pantai bandar Beit Lahya.
Mereka turut mengepung nelayan tersebut bagi tujuan menghalau mereka kembali ke pantai lapor wartawan WAFA.
Sumber turut memaklumkan bahawa bot tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah bot nelayan yang belayar dalam jarak beberapa batu nautika dari pantai.
Israeli navy ships today opened machine gunfire at Palestinian fishermen sailing off the coast of Beit Lahya town in the northern besieged Gaza Strip and forced them to return to shorehttps://t.co/1sFbBYLANK pic.twitter.com/mplwpFozGz
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) September 12, 2022
Tiada kemalangan dilaporkan ketika serang itu.
Bukan itu sahaja, tentera laut Israel turut menyasarkan nelayan dan bot di luar pantai Khan Younis dan Rafah di enklaf pantai selatan, mereka telah memaksa nelayan untuk melarikan diri bagi tujuan keselamatan diri.
WAFA turut melaporkan sembilan kenderaan tentera Israel, termasuk kereta kebal dan jentolak telah melanggar sempadan Gaza berhampiran Deir al-Balah, di tengah Semenanjung Gaza.
Mereka turut meratakan tanah yang digunakan untuk pertanian. Selain itu, mereka juga menghalau petani Palestin dari kawasan tersebut.
Minggu ini menandakan ulang tahun ke-17 pemisahan Israel dari Gaza. Rejim Zionis terus mengekalkan sekatan ketat di Semenanjung Gaza.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia