Perancis bermain api, kita tengok siapa lagi kuat!
"Mereka tunjuk melalui kartun, kita tunjuk dengan ekonomi...
JORDAN/ TURKI : [VIDEO] Boikot Perancis sampai ke kemuncaknya, apabila Presiden Reccep Tayyib Erdogan menggesa memboikot produk keluaran Perancis.
Atas alasan `pembebasan suara’, menayang wajah karikatur Nabi Muhammad SAW, Perancis sebenarnya bermain api.
Negara Islam seluruh dunia bangkit, marah memboikot barangan Perancis sebagai jawapan terhadap kartun yang menggambarkan wajah menghina Nabi SAW.
Kartun berkenaan juga menyebabkan seorang guru dibunuh selepas menayang kartun itu ketika di dalam kelas waktu pembelajaran.
Di negara Arab, banyak pasar raya besar telah menyimpan semula semua produk barangan keluaran Perancis dari rak-rak jualan.
Seorang pengurus pasar raya besar, Zaher Dibashi berkata, “Cara ini paling sedikit yang kita boleh lakukan sebagi sokongan Nabi Muhammad SAW. Orang Perancis ada hak untuk menghormati agama dan prinsip-prinsip kami.”
“Mereka laungkan kebebasan suara, dalam perkara ini dan kami juga mempunyai hak kebebasan suara. Mereka tunjuk melalui kartun, kami tunjuk melalui ekonomi. Nanti kita akan nampak siapa yang lebih kuat.”
Beberapa kumpulan perdagangan Arab terus menyatakan tindakan memboikot barang buatan Perancis.
Aktivis di laman sosial pula menghasilkan tanda pagar hashtag seperti #boycottfrance #boycott_French_products #PhophetMuhammad dan lain-lain berdasarkan negara.
Berikut adalah beberapa jenama antarabangsa yang berasal dari Perancis.
Menteri Luar Morocco menyatakan penerbitan berterusan kartun berkenaan adalah perbuatan provokasi.
Sementara itu, menurut pelabur antarabangsa Mir Muhammad ALikhan, anggaran 28% populasi dunia adalah orang Islam dan ia merangkumi jumlah ASD$80 trilion Keluaran Dalam Kasar dunia.
Jika semua negara Islam memboikot produk Perancis, dalam enam bulan ekonomi Paris akan runtuh, apatah lagi ekonominya yang sedang meleset ketika ini.
Berang dengan sikap tidak peduli Presiden Perancis, Emmanuel Macron, orang ramai memijak gambarnya dan meletakkan tanda tapak kasut pada muka beliau.
“Macron! Anda akan mati kematian lebih teruk dari makhluk paling kotor di dunia… Allah yang Maha Besar tidak memaafkan sesiapa yang menghina Rasul tercinta-Nya!” tulis pengguna Twitter tersebut.
Penulis – Siti Zulaikha Yusri