“Polis Israel tendang saya dari semua arah” : wartawan Al Jazeera
Satu cara Israel halang dunia tahu kejahatannya

TEBING BARAT : [VIDEO] Setelah ditahan selama beberapa jam semalam, Givara Budeiri, wartawan veteran Al Jazeera dibebaskan daripada tahanan. Budeiri sebelum itu melalukan liputan demonstrasi di wilayah Baitulmaqdis timur dalam kawasan kejiranan Sheikh Jarrah. Satu alasan yang tidak masuk akal, apabila dia dituduh menyepak seorang anggota polis wanita rejim. Budeiri menolak dakwaan itu sekeras-kerasnya.
Tiga polis wanita Israel menyerang Budeiri yang pada mulanya mahu menunjukkan kad media, itupun setelah diminta oleh salah seorang daripada pihak anggota polis terbabit. Namun tiba-tiba dia diserang. Cuba untuk melawan menyatakan perkara sebenar, semakin ramai mengepung dia. Tangannya ketika itu masih memegang mikrofon milik Al Jazeera. Ibarat tiga lawan satu Budeiri akhirnya tewas, digari dan dibawa ke balai polis, manakala kamera milik jurukamera Nabil Mazzawi dirosakkan.

“Mereka datang dari pelbagai arah, saya tidak tahu. Mereka tendang saya dan hempaskan saya ke dinding. Di dalam kereta masa di bawa ke tahanan juga mereka menendang saya dari semua arah, macam binatang mereka perlakukan ke atas saya, jaket yang kalis peluru dan berat ini pun tidak dibenarkan dibuka, mata saya dihalang daripada ditutup.” – Givara Budeiri / wartawan Al Jazeera
Budeiri orang lama dalam Al Jazeera. Beliau bertugas sejak tahun 2000. Bukan sahaja dia memakai apa yang disifatkan wartawan sebagai bukti mereka seorang wartawan, malah kad media juga dikeluarkan oleh Pejabat Media Israel. Dia hanya membuat liputan mengenai ulang tahun ke-54 “Naksa” – satu rintangan – terma yang diberikan penduduk Palestin menerangkan penjajahan Israel ke atas Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Gaza pada tahun 1967.
Kejadian terbaru membabitkan petugas media ini mencetuskan kritikan kepada Israel mengenai halangan kebebasan media dan sekatannya oleh Israel. Pemangku Pengarah Rangkaian Media Aljazeera, Dr. Mostefa Souag, mengutuk penahanan terhadap anggota kerjanya.
“Satu perancangan tersusun mensasarkan wartawan adalah satu pelanggaran antarabangsa yang jelas. Keganasan hari ini yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa Israel ke atas Givara Budeiri dan Nabil Mazzawi adalah satu pencabulan hak asasi wartawan.” – Pemangku Pengarah Rangkaian Media Aljazeera / Dr. Mostefa Souag
Budeiri kemudian dilepaskan beberapa jam kemudian. Amaran buatnya daripada Israel – “Jangan memasuki dan berada di Sheikh Jarrah selama 15 hari.”
Minggu lalu, dua wartawan Palestin – Zeina Halawani and Wahbe Mikkieh – diserang dan ditahan polis Israel. Kedua-duanya ditahan selama lima hari sebelum dibebaskan dengan jaminan. Mereka diperintah menjalani hukuman tahanan rumah selama sebulan.
Sama seperti Budeiri, Zeina juga digari. Namun selepas pembebasannya – Zeina berkongsi pengalaman beliau ketika di dalam tahanan. Gagal menahan sebak naluri sebagai seorang ibu – beliau dengan teresak-esak menyatakan apa yang berlaku di dalam tahanan polis Israel. Amat sedih mengenang tahanan kanak-kanak seawal usia 11 dan 12 tahun menangis di dalam sel, menjerit nama ibu mereka pada malam hari.


Sehingga kini beberapa wartawan yang mempunyai kad media dilarang memasuki Sheikh Jarrah oleh pihak berkuasa Israel. Tindakan ini benar-benar mencabuli kebebasan media. 3 Mei lalu, media menyambut ulang tahunnya namun antara profesion tertua dunia ini semakin ditekan oleh Israel. Malang sambutan itu di`anugerah’kan dengan siri pengeboman ke atas bangunan Menara Jala, yang menempatkan pelbagai ibu pejabat media tempatan dan antarabangsa, menyembah bumi kerana ledakan peluru berpandu Israel baru-baru ini.
Jurucakap Reporters without Bordes, Sabrina Bennoui, berkata kepada Al Jazeera, penangkapan Budeiri itu sangat jelas melanggar hak kebebasan media, kerana secara terang-terangan wartawan telah menyatakan kerjaya mereka, tanpa berselindung. Kad media yang diminta seolah sengaja untuk menafikan keberadaan wartawan di lapangan untuk melaporkan kesengsaraan rakyat Palestin. Baginya Israel mahu menutup apa yang berlaku daripada tatapan dunia.

Setakat ini 14 petugas media ditahan dalam siri keganasan Israel di Tebing Barat dan Gaza. Israel adalah negara ke-86 daripada senarai ranking keseluruhan 180 negara yang dinilai dalam RSF Indeks Kebebasan Media Dunia 2021. Tahun lalu, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin, PDF, dalam laporannya mendedahkan 98 serangan polis Israel dilakukan terhadap wartawan. 40 cedera dengan pelbagai tembakan peluru, manakala seorang hilang sebelah penglihatan. 14 lagi diberi layanan buruk serta tidak berperikemanusiaan dan 26 orang terus ditahan.
*****Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia