Covid19Dunia

Suntikan vaksin, rakyat Amerika sudah berani keluar menikmati cuti bersama keluarga

Vaksin itu selamat

WASHINGTON DC : Rakyat Amerika Syarikat nampaknya sudah kembali memperoleh keyakinan untuk menikmati hari cuti mereka di luar rumah. Sempena cuti Memorial Day atau Hari Pahlawan yang disambut pada 27 hingga 30 Mei lepas, mencatatkan jumlah perjalanan yang meningkat, sama ada bilangan penumpang kapal terbang ataupun darat. Semuanya berpunca daripada keyakinan rakyat Amerika yang sudah menerima suntikan vaksin.

Data daripada Transportation Security Administration (TSA) menunjukkan seramai 7.1 juta orang penumpang sudah diperiksa di lapangan terbang seluruh Amerika. TSA juga mencatatkan pada tarikh 28 Mei adalah yang paling sibuk sejak Mac 2020.

Pada tempoh yang sama tahun lalu, ketika cuti Hari Pahlawan, hanya 1.96 juta penumpang kapal terbang yang diperiksa oleh TSA.

Untuk perjalanan darat pula, data diperoleh daripada America Automobile Assocation (AAA), yang merekodkan perjalanan meningkat sebanyak 60 peratus untuk cuti Memorial Day pada tahun ini. Ia bermaksud kira-kira 37 juta orang sudah melakukan perjalanan sejauh 80 kilometer.

Antara tempat popular untuk bercuti sempena Memorial Day adalah Las Vegas di Nevada dan Orlando di Florida. Penggunaan minyak petrol juga meningkat sebanyak 9.6 peratus sepanjang cuti Memorial Day, yang tertinggi semenjak musim panas 2019. Angka ini diperoleh daripada data stesen minyak GasBuddy.

Untuk rekod, sehingga setakat ini sudah 50.5 peratus rakyat Amerika Syarikat menerima setidak-tidaknya satu dos suntikan vaksin. Jumlah kes terbaru covid-19 juga menurun dari 250,000 kes sehari pada awal Januari lepas, kepada hanya 18,900.

 

Related Articles

Back to top button