Semasa

Polis trafik memandu lawan arus

Disyaki di bawah pengaruh alkohol

JOHOR BAHRU : [VIDEO] Tular di media sosial berhubung perilaku seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus.
Dia dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol pada  kejadian jam 12:30 tengah malam Rabu (23 Dis)
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata susulan itu, pihaknya menerima satu rakaman video berkaitan sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya melawan arus di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.
Katanya, bertindak atas makluman sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Bahru Selatan, menahan pemandu berkenaan yang merupakan anggota polis lelaki berumur 25 tahun di sebuah stesen minyak.

“Hasil siasatan kita dapati anggota polis terbabit dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ini tidak bertugas ketika kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.” – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak lebih daripada RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih lima tahun,”
Datuk Ayob Khan dalam satu kenyataannya pada Rabu (23 Dis) juga berkata bagi kesalahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula, denda tidak lebih RM30,000 dan penjara dua tahun serta hilang kelayakan memandu tidak kurang dua tahun boleh dikenakan jika sabit kesalahan.
Jelasnya lagi, polis Johor juga akan memastikan bahawa siasatan dijalankan dengan telus dan suspek akan dituduh di mahkamah.
“Polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai dan anggotanya yang melanggar undang-undang,” katanya.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button