Covid19KemanusiaanPalestin

Alatan ujian Covid-19 Gaza meruncing

Hanya cukup untuk lapan hari

GAZA : Gaza yang kini sedang lumpuh bergelut mendapatkan alatan ujian virus Covid-19.

Ketika Gaza berjuang mendapatkan bantuan berkaitan pandemik itu, kebanyakan negara di seluruh dunia sudah pun hendak memulakan [program vaksinasi kepada penduduk mereka.

Gaza yang dicengkam penindasan Israel selama 14 tahun kini dibanjiri oleh peningkatan jumlah pesakit COVID-19.

Setakat 28 November lalu, Kementerian Kesihatan Palestin berkata kes yang disahkan ialah 19,160  dengan 90 kematian. Jumlah pesakit Covid-19 yang mendapatkan rawatan ialah seramai 334 orang merangkumi 78 peratus daripada katil yang disediakan untuk penyakit itu.

Palestin telah menerima hampir 20,000 alat ujian COVID-19 dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) setelah menyatakan tidak dapat lagi melakukan ujian di Gaza kerana kekurangan alatan tersebut. K

Terdahulu, Hamas mengeluarkan kenyataan pada Isnin minggu lalu, satu-satunya makmal di wilayah yang dapat menganalisis sampel ujian COVID-19 telah menghentikan kerjanya “kerana kekurangan peralatan” dan meminta tindakan segera, seperti yang dilaporkan oleh Agence France Presse (AFP).

Dalam pernyataan tersebut, kementerian itu telah menegaskan bahawa telah menerima 19,500 kit dari WHO, yang membolehkan ujian dilakukan semula, bagaimanapun alatan yang baru tiba “hanya cukup untuk lapan hari sahaja”.

Pegawai kanan Hamas dan bekas Menteri Kesihatan Bassem Naim mengatakan pihak berkuasa biasanya melakukan “antara 2,500 hingga 3,000 ujian sehari, dengan kos antara ASD$ 75,000 hingga ASD$ 10,000”.

Pihak berkuasa telah menutup perbatasan Gaza pada awal penularan wabak pandemik ini dan telah mengehadkan jumlah kemasukan orang.

Bagi yang baru masuk ke dalam sempadan perlu mengasingkan diri selama tiga minggu di pusat kuarantin.

Penutupan sekolah, masjid, tadika dan universiti baru diumumkan pada 11 sehingga ke hujung bulan Disember.

Terjemahan oleh – Iman Nur Hakim Azrin (Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button