DomestikKemanusiaanSemasa

Program Ibadah Qurban MAPIM berjalan lancar, erat semangat muhibah

BANGI: Program ibadah korban yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) tahun ini mendapat sambutan baik  penduduk setempat di sekitar kawasan Bangi yang turun bersama-sama melaksanakan ibadah korban di Masjid Al Hasanah.

Masjid tersebut dipilih sebagai lokasi mengadakan aktiviti penyembelihan haiwan korban kerana kerjasama, lokasi dan kelengkapan pihak masjid yang sangat baik.

Menurut Pengarah Ladang Ummah Sdn Bhd, Mejar Bersekutu (PA) Ustaz Nik Abdul Aziz, sebanyak 13 ekor lembu, lima daripadanya adalah milik pihak Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) berserta tiga ekor kambing telah dikorbankan.

 

“Alhamdulillah, Program Ibadah Qurban hari ini berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bersama-sama menjayakan program hari ini bersama dengan kami, dalam masa yang sama hubungan silaturahin antara semua pihak dapat dieratkan lagi.

“Insya Allah, bahagian-bahagian daging korban ini akan diagihkan kepada golongan asnaf dari seluruh Malaysia dan juga kepada empat komuniti pelarian di sekitar Selangor,” katanya.

Selain bantuan pihak masjid itu sendiri ibadah korban turut dibantu oleh sayap sukarelawan MAPIM RANGERS dan turut melibatkan kerjasama seramai 20 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hadir melancarkan lagi gerak kerja penyembelihan dan proses pengagihan daging korban.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pengagihan daging-daging korban itu juga akan memanfaatkan lebih 4,300 orang meliputi masyarakat dari seluruh Malaysia.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button