DuniaInspirasiSemasa

Pusat perlindungan haiwan Gaza cipta kerusi roda bantu anjing, kucing lumpuh berjalan

GAZA : Tempat perlindungan haiwan menggunakan semula mainan dan basikal kanak-kanak untuk mencipta peranti mobiliti bagi membantu kucing dan anjing yang lumpuh untuk berjalan, berlari dan bermain walaupun kekurangan prostesis khusus.

Pekerja di Persatuan Penyelamat Haiwan Sulala di kawasan Semenanjung Gaza, berjaya membantu 32 kucing dan anjing untuk berjalan semula menggunakan kerusi roda buatan sendiri atau anggota palsu yang dibina daripada kayu sekerap dan logam.

“Apabila haiwan lumpuh, mereka menjadi letih, jadi kami memberi mereka sesuatu yang membantu mereka berjalan semula supaya mereka boleh berjalan kembali seperti normal. Haiwan juga mempunyai perasaan,” kata Al-Aer, seorang sukarelawan perlindungan.

Lucy, salah seekor daripada anjing tersebut telah diberikan kerusi roda yang diperbuat daripada roda getah berwarna pelangi basikal kanak-kanak yang dibuang selepas kaki belakangnya lumpuh dalam kemalangan jalan raya.

Ismail Al-Aer, pencipta alat itu berkata kerusi roda boleh diubahsuaikan mengikut setiap saiz anjing dan mereka juga dalam proses mencipta kerusi roda untuk kucing juga.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

Related Articles

Back to top button