DomestikKesihatanSemasa

Rakyat tidak perlu panik, bekalan ubat masih terkawal

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak begitu serius.

Menurutnya lagi, pihaknya memberi jaminan bekalan ubat-ubatan dalam negara masih terkawal.

“Kita perlu faham bahawa keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat sesuatu penyakit adalah sama tanpa mengira jenama ataupun syarikat pengeluar.

“Contohnya, untuk penyakit darah tinggi ada banyak jenama. Ada yang dipatenkan, ada yang generik dan semua itu berkesan kerana jika ubat jenama A tiada, boleh ganti dengan ubat jenama B,” katanya

Tambahnya lagi, sekiranya terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan yang hendak memanipulasikan harga ubat-ubatan di pasaran, KKM akan sentiasa memantau situasi ini dan tindakan tegas akan diambil.

Dalam kenyataan media KKM hari ini, mereka turut mengadakan perjumpaan dengan pihak industri farmaseutikal, iaitu Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI), Pharmaceutical Association Of Malaysia (PhAMA) dan Malaysia Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS).

Maklum balas yang diterima daripada perjumpaan tersebut, terdapat permintaan  mendadak bagi beberapa jenis ubat – ubatan.

“Permintaan yang tinggi terhadap ubat-ubatan seperti produk dengan bahan aktif paracetamol, vitamin C serta ubat batuk dan selsema untuk kegunaan kanak-kanak,” katanya.

 

Related Articles

Back to top button