PalestinSemasa

Ratusan rakyat Palestin berarak tanda protes kematian Khader Adnan

RAMALLAH: Ratusan rakyat Palestin berarak di beberapa bandar Tebing Barat sebagai protes terhadap kematian Khader Adnan, menurut pelbagai sumber.

Di Ramallah, ratusan orang berhimpun di pusat bandar untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap kematian Adnan, 44, yang meninggal dunia selepas mogok lapar selama 87 hari sebagai membantah penahanannya tanpa tuduhan.

Anak-anak Khader Adnan yang mengetuai protes di bandar Arraba, Jenin

Penduduk Palestin menaikkan gambar Adnan dan bendera Palestin, menuntut keadilan bagi pejuang kemerdekaan Palestin yang dipenjarakan di israel itu.

Mereka menuntut agar masyarakat dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menahan kerajaan israel, khususnya Menteri Keselamatan Negara yang bersifat perkauman, Itamar Ben Gvir agar bertanggungjawab secara langsung atas kematian Adnan selepas mengeluarkan arahan untuk tidak memberi makanan atau bahan tambahan kepada mana-mana banduan Palestin yang melakukan mogok lapar.

Perhimpunan serupa telah diadakan di Nablus, Bethlehem, Hebron, Tulkarm, dan bandar Arraba, berhampiran Jenin, kampung halaman Adnan, manakala pertempuran juga telah berlaku di beberapa tempat di utara Ramallah.

Tentera israel telah melepaskan gas pemedih mata dan menembak peluru getah ke arah penduduk Palestin sehingga mencederakan beberapa orang.

Pada Selasa, rejim israel turut melakukan serangan roket terhadap Gaza menyebabkan kembali berlaku pergolakan di Tebing Barat.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button