🚨 #GazaUnderAttack 🚨 Imagine if this was the view outside your window… Gaza has been under bombardment by Israeli warplanes once again tonight. Keep them in your prayers. pic.twitter.com/A7IeVzmqbg
— muslim daily (@muslimdaily_) May 2, 2023
GAZA: Seorang rakyat Palestin terbunuh manakala 5 lagi cedera dalam serangan udara rejim israel ke atas Gaza sebelum subuh pada Rabu, kata Kementerian Kesihatan wilayah berkenaan.
Menurut kementerian itu lagi, lelaki yang maut itu berusia 58 tahun bernama Hashel Mubarak terbunuh dalam serangan udara di utara bandar Gaza.
Pejuang Palestin iaitu kumpulan Jihad Islam mengumumkan gencatan senjata di sekitar Gaza hari ini, selepas berbalas tembakan dengan tentera zionis berikutan kematian Syeikh Khaled Adnan yang melakukan mogok lapar ketika dalam tahanan israel.
Wakil Qatar, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah campur tangan untuk menjadi perantara untuk menenangkan kembali keadaan mulai jam 4 pagi waktu tempatan, sumber dalaman Jihad Islam dan rakan kumpulan militan Hamas memberitahu media AFP.
Walaubagaimanapun israel dengan angkuh tidak mengesahkan perjanjian itu.
“Satu pusingan konfrontasi telah berakhir, tetapi perarakan penentangan berterusan tidak akan berhenti,” kata Tariq Salmi, jurucakap Jihad Islam dalam satu kenyataan.
“Pejuang kami yang berani telah membuktikan kesetiaan dan komitmen mereka untuk membela rakyat mereka,” tambahnya.
Ketua Hamas Ismail Haniyeh menuntut israel mengembalikan jenazah Khader Adnan kepada keluarganya.
“Kami menekankan dan seperti yang telah kami maklumkan kepada semua orang tengah yang campur tangan keperluan untuk menyerahkan jenazah syahid Khader Adnan kepada keluarganya,” tegas Haniyeh dalam satu kenyataan.
BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia