DuniaSemasaSukan

Ritual halau hujan merupakan perbuatan syirik

Mandalika : Baru-baru ini telah berlangsung perlumbaan motosikal Moto GP di Litar Jalanan Antarabangsa Pertamina Mandalika. Antara yang menarik perhatian selain daripada perlumbaan itu sendiri ialah kehadiran pawang atau bomoh hujan.

Bomoh hujan yang dikenali sebagai Rara Wulandari dipanggil bagi membantu memulihkan cuaca yang buruk agar perlumbaan dapat dijalankan selepas hujan yang lebat di kawasan tersebut.

Kata bomoh tersebut, dia merupakan pawang hujan yang dicadangkan oleh Erick Thohir yang merupakan Menteri Badan Usaha Milik Negara yang sentiasa terlibat secara langsung pada setiap acara yang dihadiri oleh Presiden Indonesia untuk mengubah suai cuaca dengan kuasa doa.

Namun, sebaik sahaja ritual yang kononya menghalau hujan itu dimulakan, permukaan jalan litar MotoGP Mandikala telah disambar kilat.

Walaupun mendapat perhatian antarabangsa, ramai penduduk beragama Islam di Indonesia khususnya membantah perbuatan tersebut.

Antaranya seorang pendakwah bebas di Indonesia Ustaz Dr. Khalid Zeed Abdullah Basalamah, memuat naik video di Instagram beliau bertajuk ‘Apapun Sebutannya Tetap Saja Dukun’ dalam video tersebut beliau menegaskan, perbuatan menggunakan dukun atau bomoh ini perbuatan yang mensyirikkan Allah.

“Dengan berkembangnya teknologi sekarang mereka juga turut berkembang, dukun-dukun  sudah tampil dengan gagahnya.

“Bahkan mereka berani menggunakan medsos (media sosial) dan banyak di antara kaum muslimin yang menjadi korban mereka” Katanya dalam video tersebut.

Tambahnya lagi, mereka yang mensyirikan kepada Allah, merupakan dosa besar yang Allah tidak akan ampuni dan mereka yang datang ke sana boleh terjerumus dalam dosa syirik ini.

“Kalau anda meninggal terharamkan syurga buat anda” Katanya.

Rentetan daripada video tersebut, rata-rata netizen menyatakan  bahawa perbuatan memanggil pawang hujan itu perkara yang mensyirikkan Allah dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Dari ruangan komen video penceramah tersebut,  pengguna Instagram ada mengatakan, cuaca hujan itu turun atau tidak ia merupakan kehendak Allah bukan kerana garam yang ditabur di langit atau perempuan yang bermodalkan tumbuh-tumbuhan dan alat muzik yang digunakan oleh bomoh hujan tersebut.

Secara keseluruhannya, dalam setiap tindakan kita perlu semak dahulu supaya ia tidak bercanggah dalam Islam dan lebih berhati-hati supaya tidak tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah SWT.

 

Oleh Azrina Amri -Wartawan Pelatih Ummah Today 

Related Articles

Back to top button