PolitikSemasa

Saifuddin, Mohd Shukri digugurkan sebagai pengerusi PN Pahang dan Perlis

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah digugurkan daripada jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan memaklumkan bahawa Saifuddin akan digantikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Azmin, mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam ini turut memutuskan untuk menggugurkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli daripada jawatan Pengerusi PN negeri dan melantik Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai pengganti.

“Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri-negeri berkuat kuasa pada 28 Oktober 2025,” katanya.

Sumber: Bernama

Related Articles

Back to top button