Semasa

Selangor akan bergelap Sabtu ini sempena kempen Earth Hour

SHAH ALAM : Lampu elektrik yang fungsinya tidak penting khususnya di bangunan-bangunan pejabat, premis-premis perniagaan dan kediaman akan dipadamkan sempena kempen Earth Hour di Selangor selama sejam bermula Sabtu ini bermula 8.30 malam.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar negeri Hee Loy Sian berkata, objektif utama kerajaan negeri menganjurkan kempen tersebut adalah bagi menyokong usaha-usaha ke arah kelestarian alam sekitar dan merealisasikan agenda Selangor untuk menangani kesan perubahan iklim.

“Kerajaan negeri turut berhasrat menjadikan Kempen Earth Hour sebagai acara tahunan dalam memupuk kesedaran rakyat mengenai perubahan iklim dan alam sekitar yang sedang dialami di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri berharap semua rakyat Selangor agar dapat bersama-sama dengan masyarakat global menjayakan kempen Earth Hour ini dalam usaha untuk menjaga alam sekitar serta mewujudkan dunia yang lebih mampan sekali gus memberikan impak positif kepada perubahan iklim negara.

Dalam pada itu, beliau berkata hanya lampu-lampu exterior (lampu perhiasan), lampu yang tidak digunakan akan dipadamkan demi keselamatan orang awam dan pengguna bangunan, malah ia bukanlah blackout sepenuhnya.

“Lampu-lampu keselamatan perlu dipasangkan mengikut keperluan bangunan masing-masing dalam memastikan keselamatan awam di kawasan bangunan,” katanya.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button