KemanusiaanPalestinSemasa

Selar Israel di Facebook, doktor kanak-kanak dipecat

``Israel rasis, ganas dan kanibalisme''- Dr Fida

ARIZONA : Gara-gara memuat naik satu hantaran di laman Facebook, mengkritik mengenai Israel, seorang doktor hospital  kanak-kanak di Arizona, Amerika Syarikat dipecat.

Al Qudsi al Arabi melaporkan, Dr Fidaa Weshah, yang berasal dari Semenanjung Gaza disingkirkan daripada perkhidmatannya di Hospital Phoenix.

Dr Weshah, seorang radiologis kanak-kanak, dalam tulisannya menyelar mengenai Palestin yang disifatkan sebagai satu negara keganasan, rasis, dan kejahatan sejak sekian lama.

“Israel boleh mengebom agensi media, di Gaza, dan studio-studio besar tapi kami masih ada telefon bimbit dan platform media sosial untuk menunjukkan pembunuhan beramai-ramai, dan kegiatan kanibalisme yang dilakukan Zionis dengan bangganya.”- Dr Fidaa Weshah

Tambahnya, dari ruang jendela, dari jalanan dan dari kawasan yang rosak, masyarakat Palestin akan menunjukkan tembelang sebenar Israel. “ Kami akan dedahkan  kedahagaan Israel terhadap darah kanak-kanak Palestin, daripada platform kecil kami.”

Selepas menulis demikian, ramai pengguna media sosial mendesak pentadbiran Hospital Kanak-kanak Phoenix memecat beliau.

Pihak hospital berkata pasukannya sedang memeriksa hal berkenaan, seperti dilaporkan dalam akhbar tempatan. Bagaimanapun akaun Twitter hospital berkenaan, membuat ciapan berbunyi, “ Weshah tidak lagi berkhidmat di Hospital Kanak-kanak Phoenix.”

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button