DuniaSemasa

Selepas darurat, undang-undang tentera pula diisytihar

Elak himpunan haram bantahan

MANDALAY: Selepas mengisytiharkan darurat selama setahun, kini junta tentera pimpinan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, beberapa bahagian bandar kedua terbesar di Myanmar.

Mandalay merupakan bandar yang menggunakan undang-undang tentera sejak diperintahkan semalam (8 Feb)  selepas ratusan ribu berhimpun di merata negara itu sebagai membantah rampasan kuasa tentera.

Sehubungan itu, pihak tentera juga mengeluarkan amaran keras terhadap sebarang bantahan baru.

Perintah itu meliputi tujuh bandar di Mandalay dengan orang ramai dilarang daripada menunjuk perasaan atau berhimpun dalam kumpulan lebih daripada lima orang.

Perintah berkurung juga dikuatkuasakan dari pukul 8 malam hingga 4 pagi (waktu tempatan), kata jabatan pentadbiran awam dalam satu kenyataan.

Perisytiharan serupa dibuat di bandar Ayeyarwaddy, jauh ke selatan, manakala pengumuman undang-undang tentera juga dijangka dibuat untuk kawasan-kawasan lain malam ini.

“Arahan ini berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak,” kata sebuah majlis perbandaran di Mandalay dalam satu kenyataan.

“Sebilangan orang … berkelakuan dalam cara membimbangkan yang dapat membahayakan keselamatan masyarakat dan penguatkuasa undang-undang. Tingkah laku sedemikian dapat mempengaruhi kestabilan, keselamatan orang, penguatkuasa undang-undang, dan keadaan kampung yang damai serta mencetuskanan rusuhan,. Atas sebab itulah perintah ini melarang orang ramai berkumpul, berucap di khalayak ramai, melakukan tunjuk perasaan dengan menggunakan kenderaan, perhimpunan, ” – Kenyataan Junta

Junta tentera sehingga kini mengelak daripada menggunakan kekerasan melampau terhadap penunjuk perasaan yang berlaku di sebahagian besar Myanmar.

Bagaimanapun, keadaan semakin buruk dengan pasukan polis pencegah rusuhan menggunakan meriam air untuk menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkumpul di Naypyidaw.

Tentera Myanmar menahan Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi dan puluhan anggota parti itu, dengan menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar. – AFP

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button